Sunday, 12 February 2012

SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN ABDUL AZIZ




Pada tahun 1952 Sekolah Inggeris Kerajaaan telah ditubuhkan . Sekolah ini dikenali dengan nama The Goverment English School (G.E.S) Teluk Anson. Guru Besar pertama ialah Encik Chung Shin Yee . Hanya satu kelas khas murid melayu yang dikenali sebagai Special Malay Class 1 .


Ditempatkan di banggunan yang telah di kosongkan oleh anggota - anggota Sukarelawan Malaya ( the Malayan Voluntary Infantry) . Sebahagian daripada banggunan sekolah ini dijadikan asrama .Pada tahun 1955 Encik Kum Karm kemudian ditukarkan dan digantikan dengan Encik Kamaruddin bin Ali . Tuan Haji Ismail bin Sutan telah menggantikan Encik Kamaruddin ALi sebagai Guru Besar . Beliau seorang guru latihan Normal Inggeris dari Sekolah King Edward, taiping . Beliau telah memohon dari Tuan Ketua Pegawai Pelajaran Negeri Perak untuk mendapatkan sebuah sekolah bagi menampung jumlah murid yang meningkat .


1959 - Pembinaan sekolah telah bermula . Dilengkapi dengan 21 buah kelas dan 2 buah makmal . Ia adalah sekolah nkerajaan pertama di Daerah Hilir Perak . Sekolah rendah dan sekolah menengah adalah dibawah pentadbiran Tuan Haji Ismail bin Sutan . Sekolah rendah mempunyai 9 buah kelas dan 226 orang murid . Sekolah menengah mempunyai 6 buah kelas dan 228 orang murid .


Pada tahun 1960 Tuan Haji Ismail bin Sutan bersara dan digantikan dengan Encik Tan Pee Teik , kelas kelas Melayu medium telah wujud . Ia sebagai satu corak persekolahan G.E.S , Teluk Intan . Beliau terpaksa mentadbir tiga corak aliran dalam satu sekolah . 


1962 adalah tahun bersejaran bagi The Government English School Teluk Intan . Dengan nama rasminya G.E.S telah ditukarkan kepada nama baru iaitu SRJK (1) Sultan ABdul Azizi dan di asingkan menjadi 2 buah .Ia diterajui oleh ENcik hari Singh juga seorang guru Latihan Normal Inggeris dari Grik . 


1970 - 2 banggunan 2 tingkat siap dibina di kawasan perumahan Taman Seri Setia . SRK Sultan Abdul Azizi telah berpindah ke sekolah baru dengan jumlah murid seramai 1,354 orang . Ia dikelolaoleh Encik A. Shivram Sharma sehingga Mei 1979 . Tempat Encik  A . Sivram Sharma telah digantikan oleh Encik Ismail bin Haji Yusoff , PJK. Pada tahun 1987 Encik Shith bin Hijaz AMP, PPT . menjadi Guru Besar . 1992 tempat beliau digantikan dengan Tuan Haji Abdul  Rashid bin Wook Ghazali dari SM Dato' Abdul Wahab Sungai Siput . Tuan Haji Abdul  Rashid bin Wook Ghazali bertukar dan digantikan oleh Encik Shafie bin Abdullah dari SK Padang Rengas . 1997- Beliau telah memohon 2 buah bangunan baru iaitu asrama desa . 1998 - Bertukar ke SK Sultan Idris , Teluk Intan dan digantikan Encik Saad bin Samsuddin PPN dari SK Selabak . Pada tahun 2007 Tuan Haji Saad Samsuddin bersara dan digantikan oleh Puan ajah Rohana binti Sukor dari SK Convent Teluk Intan juga merupakan Guru Besar wanita yang pertama bagi SK Sutam Abdul Aziz .


2010 - Puan Hajah Rohana bersara dan digantikan  oleh Encik Mohamad Nordin bin Mohammad Amin 

No comments:

Post a Comment